|
Post by wankedah on Mar 16, 2009 18:15:07 GMT 8
ok aku nak jual cbr400 aku dah beberapa options motor baru 1) Aprilia RS125 2009RM24,000 memang dlm budget , lawa ada meter digital... lawa ..lawa tapi 2 strokes long distance tak sesuai bunyi aku tak suka...hehe spare part pun mahal .. utk long term... riding position aku dah tak mau cam ni, lenguh tak larat nak topup 2T.. aku dah pakai 2strokes dulu... ------------------------------ 2) Kawasaki Ninja 250 baruRM21,000 - RM22,000 harga dlm budget riding position pun ok... exterior design pun cun tapi... 2 silinder... tak dak bunyi tak dak digital meter (untuk motor 21 ribu patut ada la) tayar kecik,hehe top speed tak brapa laju 170km/j saja bunyi tak best langsung.. ------------------------------- 2) Kawasaki ER6N 2009RM32,000 - RM33,000 dlm budget jugak riding position best... nampak lawa... ada digital meter... tapi.. 2 silinder tak dak bunyi...mana mau tinggi untuk aku tak sampai kaki... lama kena tunggu 3-4 bulan kot baru dapat takut boria nanti ramai sangat org pakai... hehe -------------------------------------- 4) Kawasaki Z750 2009RM59,000 memang motor idalam memenuhi semua citarasa aku riding position best 4 silinder.. vrom vrommmm... nampak garang... Tapi kalau beli 5 tahun makan maggi la so firasatnya...aku naik KSR la hahahaha sekian laporan saya boring nya jadi biker kat malaysia nih...
|
|
alvin
Full Member
Posts: 201
|
Post by alvin on Mar 16, 2009 19:57:32 GMT 8
Nan, kalau aku nak upgrade...aku ambik z750..bunyi best ;D
|
|
|
Post by wankedah on Mar 16, 2009 23:15:49 GMT 8
setelah lama berpikir.. aku ambik keputusan nak angkat bawah lagi sikit lagi jeng jeng jeng saspen nih! !!!!!!!!!!! huhuhu! rona roni markoroni!!!nak jadi geng akunabil nanti tukaq nama akunan ;D
|
|
|
Post by wankedah on Mar 16, 2009 23:17:38 GMT 8
tambah sikit lagi
prenggg! prenggggggggggggggggg!!!
|
|
|
Post by altamis on Mar 17, 2009 7:36:17 GMT 8
downgrade ke upgrade? 4t to 2t. 4 cylinder to 1 cylinder. dan lg... dan lg... hehehe..... ;D ko simpan je la duit lg. cbr ko nk terjual time economy unstable pyh sket. sabar. duit dh byk nanti beli cbr600/cbr1000. cc yg besar sket.
|
|
|
Post by wankedah on Mar 17, 2009 14:52:54 GMT 8
memang tak laa 2 stroke
z750 tak mampu er6n sajossssssssssss kot
|
|
|
Post by zul_cbr on Mar 17, 2009 17:05:58 GMT 8
ceh...nan ni buat saspen jaa......
|
|
|
Post by wankedah on Mar 17, 2009 17:38:13 GMT 8
tuu!
|
|
|
Post by zul_cbr on Mar 17, 2009 17:51:54 GMT 8
ada otai cakap..
2 stroke ibarat manusia kena steroid..abis effect steroid, power pun takdak...
pssssst bukan bias tapi aku tetap 4 strokers...hahahaha
|
|
|
Post by zul_cbr on Mar 17, 2009 20:13:30 GMT 8
|
|
|
Post by wankedah on Mar 17, 2009 20:43:08 GMT 8
betui rs125 untuk sapa main trek ok la atau sapa yg ada byk sgt duit...
aku ada piaggio hexagon. 2 strokes 150cc sampai la ni dok ada baru hantaq pi repair... sb plan nak juai
aku tau.. susah nak bela 2t makan byk minyak makan kuat
tapi pick up power gila tahap gaban la
tuuuu...
|
|
|
Post by zul_cbr on Mar 18, 2009 1:06:17 GMT 8
ni aku quote otai cakap pasal 2 stroke..
Nak compare 2stroke dengan 4stroke, takleh lah compare setakat cc je. faktor2 lain nak kena ambil kira juga. antaranya
1. bilangan silinder - 2. bore x stroke 3. saiz liang kemasukan udara dan ekzos 4. aksesori bantuan intake dan ekzos
1. bilangan silinder. Biasanya kalau enjin cuma satu silinder, enjin to berat dan boleh beroperasi pada rpm yang rendah, sebab beratnya piston dan jarak nak naik dan turun yang panjang, inertia tiinggi nak tolak dan hentikan piston tu dan tolak balik ke arah berlawanan. engkol takde hal, tak kisah punya. Kalau buat silinder lagi, piston dapat d**ecilkan, diringankan dan jarak naik/turun pun dikurangkan, inertia dapat direndahkan. Jadi dapatlah enjin kerja kat rpm tinggi lagi, lagilah power. Kalau semua sama, umumnya 2stroke akan lebih power sebab bakar 2 kali banding 4stroke bakar sekali setiap pusingan. Tapi faktor lain kena ambil kira juga.
2. bore x stroke. untuk satu silinder, bore ngan stroke akan dimanipulasi, untuk hasilkan cc yang d**ehendaki. formula isipadu = pi x (bore/2) ^ 2 x stroke. Kalau stroke panjang, maknanya panjanglah jarak piston nak naik, pecut, berenti, pecut turun, berenti balik.., jadi inertia lebih tinggi, sampai satu tahap rpm, tak boleh pegi lagi dah. Tu yang masuk tahap merah. Bahaya dah kat enjin. Kalau stroke lebih pendek, tahap rpm tu boleh lebih tinggi, walaupun kena pakai piston lebih besar. Nak bagi cc sama, kalau stroke panjang, bore kena kecik sikit. nak stroke pendek, besarkan bore. Stroke panjang kelebihannya tork yang bagus masa rpm rendah. Stroke pendek kelebihan boleh rpm tinggi, lagi power, lagi laju. Jadi kalau kena enjin 2t stroke panjang, ngan 4t stroke pendek sama cc, 4-stroke tu boleh lagi power beb.
3. liang kemasukan udara dan keluaran ekzos. 4-stroke cuma ada permukaan atas silinder untuk letak liang kemasukan dan ekzos. Jadi ruang sangat terhad. Kalau 1 injap masuk dan 1 injap ekzos je, isipadu udara dan ekzos yang lalu jadi terhad pada kelajuan enjin yang tinggi. dah tu hampir hampagas pulak yang nak disedut. jadi pada rpm tinggi, isipadu udara dan petrol yang masuk sikit je, sikit jelah power dihasilkan, jadi takleh nak naik lagi. 2-stroke ada ruang keliling silinder boleh tebuk jadikan laluan udara masuk (atau port). Situ dah ada kelebihan laluan masuk yang besar banding 4stroke. salah satu sebab lagi 2-stroke lebih power. sebab dapat masukkan lebih udara & petrol. Dan boleh buat liang ekzos yang besar supaya lawas. Dari segi ini, memang 2-stroke biasanya lebih lawas memasukkan udara ke ruang pembakaran. tapi malangnya terlalu lawas jugak, sebahagian campuran udara dan petrol terus keluar ke ekzos sebelum tertutup. Sebabtu 4-stroke yang kuasa tinggi, pasang 4 injap, 5 injap satu silinder supaya lagi banyak udara dapat masuk ke ruang pembakaran.
Jadi kalau bandingkan 2-stroke 1 intake port (tak de kut) dengan 4-stroke 3 intake valve per silinder yang sama cc, sendiri mau fikirla. sapa lebih lawas.
4. aksesori kat intake dan ekzos. enjin biasa takde aksesori kat intake. kaburetor terus je ke intake. Kalau ada turbo atau supercharger, adalah bantuan untuk masukkan udara lebih ke kebuk pembakaran. lagilah power. EKZOS memainkan peranan penting pada kuasa enjin. Kalau 4-stroke, ekzos biasa tak memberi kesan sangat pada kuasa. pada 2-stroke, ekzos yang ada expansion chamber sangat berperanan menambah kuasa, macam dapat suntikan steroid. ekzos yang keluar dari silinder akan bergerak keluar, tapi bila sampai ke kon, ia tendang balik dan jadi tekanan balik ke belakang dan tolak sebahagian gas ekzos masuk balik ke silinder, jadi kandungan udara/petrol dalam kebuk pembakaran bertambah, dan bertambahlah powernya. oleh kerana ada tempoh antara ekzos tendang keluar dan tendang balik, ekzos chamber ni memberi kesan pada julat rpm tertentu, panjang atau pendek bergantung pada saiz chamber dan jarak chamber ke silinder. Kalau jauh chamber, bagus untuk rpm rendah, main tork. Bagi pendek, boost akan berlaku pada rpm lebih tinggi tapi pendek. tu yang tiba2 power mencanak pastu flat. Tu jugak sebab motoGP 500cc kena ada 4 ekzos kalau dia 4 silinder, sebab kena ada chamber untuk tiap silinder masing2.
Apa kata kalau 2-stroke tu buh turbo lak, atau 2 stroke takde chamber...
Napa moto 500cc 2-stroke takleh makan 900cc 4-stroke? sebab 4-stroke flat tork, kat rpm manapun boleh pecut & tarik. 2-stroke kena tunggu sampai rpm peak power baru dapat betul2 pecut, silap sikit ter wheelie pulak.... camana nak pecut.
|
|
|
Post by wankedah on Mar 18, 2009 1:25:58 GMT 8
tu dia
|
|
|
Post by altamis on Mar 18, 2009 1:38:43 GMT 8
2009 ninja 650r. tggg..
|
|
|
Post by zul_cbr on Mar 18, 2009 1:41:14 GMT 8
ninja 650r ZX6R ka? ER6N bukan keluarga Ninja ;D
|
|