|
Post by wankedah on Feb 6, 2009 16:51:26 GMT 8
Pengumuman dari Pihak Sepang International Circuit.
Besok Peminat motogp boleh datang beramai-ramai untuk melihat Winter Testing dari Main Grandstand, Masuk adalah percuma.
Peminat-Peminat juga boleh mendapatkat diskaun 50% tiket motogp 2009 di kaunter Masuk.
Beli cepat untung lebih,,,
MotoGP Winter Test at Sepang 5-7 Feb 2009 Dapatkan Diskaun Tiket 50%
|
|
|
Post by wankedah on Feb 6, 2009 16:53:43 GMT 8
Rossi tetap ke Sepang biarpun kemalangan MILAN - Juara MotoGP dunia, Valentino Rossi tetap akan mengambil bahagian dalam sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang, biarpun selepas mengalami kemalangan, kelmarin. Penunggang Yamaha dari Itali itu terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan dan kaki selepas terjatuh di atas meja kaca di rumahnya. Menurut laporan laman web rasmi MotoGP. www.MotoGP.com, juara dunia lapan kali itu hendak menutup langsir di rumahnya. "Penunggang Itali itu menerima jahitan di tangan kiri dan kakinya sebelum berlepas ke Sepang untuk menyertai sesi ujian rasmi MotoGP 2009. "Dia jatuh di atas meja kaca ketika hendak menutup langsung di rumahnya, menyebabkan meja itu pecah,'' menurut kenyataan itu. Sesi ujian pertama 2009 akan berlangsung di Sepang selama tiga hari, bermula hari ini. Rossi, 29, sebelum ini melancarkan jentera baru Yamaha menerusi Internet, Isnin lalu dan akan memulakan musim baru pada Grand Prix Qatar, 12 April ini. - Reuters
|
|